Beautiful Dzikrullah Khatam-ul-Khwajagan by Sheikh Hisham Kabbani (RECORDED at Naqshbandi Singapore)
AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH
MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH
** MEMAHAMI MAKSUD TERSIRAT TENTANG ‘IMAM MAHADI’.
Dari perspektif etmologi (asal usul) bahasa, perkataan IMAM bermaksud KETUA manakala perkataan Mahadi berasal dari perkataan Hada/Hadi yang bermaksud PETUNJUK. Makanya, perkataan IMAM MAHADI bermaksud KETUA YANG MEMBERI PETUNJUK. Dalam perspektif pengertian ILMU HAKIKAT (Spiritual) Kedatangan Imam Mahadi yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada lahirnya KESEDARAN DIRI tentang NUR MUHAMMAD.
Nur Muhammad ?
Nur itu maksudnya CAHAYA, manakala MUHAMMAD itu merujuk kepada DIRI YANG TERPUJI. Makanya, maksud Nur Muhammad itu adalah CAHAYA DARI DIRI YANG TERPUJI.
Cahaya dari Diri Yang Terpuji itu adalah ROH atau DIRI BATIN kita sendiri. Roh itu perkataan Arab yang berakar umbi dari perkataan Hebrew (Ibrani) RUACH. Perkataan RUACH ini seerti dengan perkataan Hebrew NAPESH. Dalam bahasa Arab NAPESH disebut Nafs (Nafas).
Makanya, Kedatangan Imam Mahadi itu merujuk kepada bangkitnya KESEDARAN DIRI TENTANG ROH. Roh atau nama panggilan lainnya, Nur Muhammad inilah PETUNJUK (Mahdi) yang dimaksudkan.
Roh itu ada dalam jasad dan di luar jasad kerana Roh itu adalah NUR atau CAHAYA yang MELIPUTI seluruh alam. Roh inilah CAHAYA TERPUJI (Nur Muhammad) yang menghidupkan segala sesuatu. Tanpa CAHAYA, seluruh alam ini akan MATI atau TIDAK WUJUD. Ibarat Matahari yang memberi cahaya, tanpa cahaya matahari, bumi ini akan mati dan tidak wujud kerana seluruh makhluk bergantung kepada cahaya matahari untuk hidup.
Dalam bahasa Latin SOL (Soul) itu maksudnya MATAHARI. Dalam bahasa Sanskrit OM itu maksudnya MATAHARI.
Dalam bahasa Aramaic ( bahasa Mesir Purba) ON itu maksudnya MATAHARI.
Kesemua bahasa purba merujuk Roh itu sebagai MATAHARI dan sebab itu MANU-SIA paling bijak bernama SOL-OM-ON. Arab memanggilnya SULAIMAN. KENAPA ? Sebab SOL-OM-ON (Sulaiman) atau ROH itu adalah penzahiran CAHAYA langit dan bumi. Bila CAHAYA ini difahami dan DIKENALI, makanya DIRI itu akan menjadi MAHA BIJAKSANA
KESIMPULAN
Maksud tersirat perkataan ‘Imam Mahadi’ itu ialah :
KETUA YANG MEMBERI PETUNJUK IALAH DIRI SENDIRI.
Bagaimana ?
Melalui....
KESEDARAN TENTANG DIRI YANG ASALNYA DARI CAHAYA YANG TERPUJI.
~CODE DECODED~
Go to my chanel
1 view
561
166
2 years ago 01:01:19 1
Beautiful Dzikrullah Khatam-ul-Khwajagan by Sheikh Hisham Kabbani (RECORDED at Naqshbandi Singapore)