500 lori tangki meletup, 60 cedera di sempadan Afghanistan-Iran

Lebih kurang 60 orang telah cedera apabila ratusan lori tangki dan gas yang membawa bahan bakar bernilai jutaan dolar terbakar di persimpangan perdagangan terbesar antara Afghanistan dan Iran pada Sabtu. Menurut laporan Reuters, kejadian itu berlaku di pelabuhan Islam Qala, sebuah pelabuhan utama Afghanistan, dan menyebabkan keputusan bekalan elektrik. Difahamkan, kebakaran tercetus ketika lori-lori tangki terbabit diparkir di tepi jalan sebaik sahaja melintasi sempadan.
Back to Top