Sentimen Orang Melayu Terhadap Pakatan Harapan

Saya selalu ditanya oleh kawan bukan melayu untuk memahami perasaan orang melayu. Mengenai rasuah, mengenai kegagalan pentadbiran kerajaan, mengenai menteri-menteri melayu yang tidak berfungsi. Ada yang berpandangan orang melayu tidak kisah mengenai rasuah. Ada yang lebih teruk, mereka kata pengundi melayu boleh dibeli dengan sogokan RM50. Kita perlu terima hakikat bahawa pengundi Melayu kadang-kadang takut untuk mengundi PH kerana beberapa tindakan segelintir dari kalangan PH yang tidak sensitif kepada perasaan orang Melayu. Jumlah mereka yang tidak sensitif ini tidak ramai, tetapi bila mereka tidak berhati-hati membuat kenyataan, perkara itu dibesar-besarkan oleh UMNO, PAS dan BERSATU untuk memainkan isu perkauman dan menutup rasuah dan kelemahan pentadbiran mereka. Ia satu kerugian besar kepada rakyat dan negara kerana akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Apa yang kita perlu buat untuk menangani senjata perkauman UMNO PAS dan BERSATU ini? Ada rakan dal
Back to Top